HakCipta @ Copyright – ‘Cara Mendaftarkan HakCipta’
February 28th, 2009 | Oleh UbiArtikel ini adalah bahagian terakhir sambungan dari:
- Bahagian 1 – HakCipta @ Copyright – Pengenalan
- Bahagian 2 – ‘FAIR USE’
- Bahagian 3 – HakCipta @ Copyright – ‘Work For Hire’
BAHAGIAN AKHIR – ‘CARA MENDAFTARKAN HAKCIPTA’
Adalah penting untuk MEMBUKTIKAN bahawa anda adalah pencipta sesuatu karya itu.
Namun adalah LEBIH PENTING untuk anda MEMBUKTIKAN bahawa anda adalah YG PERTAMA mendapat idea dan menghasilkan karya tersebut.
Banyak cara untuk melaksanakannya. MENERBITKAN KARYA tersebut adalah salah satu cara. Senaskah komik “Satria Chopper” dengan tarikh penerbitannya yg dicetak pada komik tersebut adalah bukti yg kukuh bahawa komik tersebut telahpun dikeluarkan pada tarikh yg tertera.
Di bawah ini adalah contoh komik saya yg diterbitkan pada 2004. Pada covernya tertera tahun ia dicetak dan notis pemilikan hakcipta.

Untuk bercerita lebih lanjut, kita akan mengambil karya “Satria Kapchai” karya Encik B. Samad Saib dari artikel bahagian 3 – HakCipta @ Copyright – ‘Work For Hire’ sebagai contoh.
Katakanlah, Eddy telah terjumpa sebuah Majalah Mestika yg telah diterbitkan pada tahun 1975. Majalah tersebut masih disimpan kerana ada poster Uji Rashid dan Syarifah Aini yg menjadi kegilaan bapaknya sewaktu muda belia.
Setelah membelek poster Uji Rashid dan Syarifah Aini serta mengakui kejelitaan mereka di suatu masa dahulu, Eddy juga terbaca cerita pendek bertajuk “Satria Kapchai” hasil karya Encik B. Samad Saib di dalam majalah tersebut.

- Kategori: Belajar Melukis Kartun, Harta Intelek, Kreatif
- Komen: 28 Komen »
Pengumuman Untuk Semua yg Prihatin!
February 27th, 2009 | Oleh UbiBOIKOT BARANG BUATAN ZIONIS!
KEMPEN BOIKOT SECARA SERIUS DAN BESAR-BESARAN TELAH BERMULA DI SELURUH DUNIA!

Sila perhatikan BARCODE 729 – ini adalah barangan buatan negara Zionis.
Waspada dimana-mana sahaja ketika anda shopping, membeli belah dan menghabiskan wang.
Kempen boikot Zionis Israel telah dilancarkan di seluruh dunia!
Sokong dan sebar-sebarkanlah kempen ini!
Ingatlah bahawa setiap sen yang kita belanjakan ke atas barangan Zionis Israel umpama setitis darah rakyat Palestin yang kita tumpahkan…

- Kategori: Umum
- Komen: Tiada Komen »
HakCipta @ Copyright – ‘Work For Hire’
February 19th, 2009 | Oleh UbiArtikel ini adalah bahagian ke tiga sambungan dari:

BAHAGIAN 3 DARIPADA 4 – ‘WORK FOR HIRE’
Pada setiap karya perlulah dinyatakan dengan dengan jelas siapakah PEMILIK atau PEMEGANG HAKCIPTANYA (atau lebih jelas lagi – siapakah yg berhak mendapat keuntungan daripadanya!).
HAKCIPTA secara automatiknya adalah hakmilik mutlak pencipta atau pengkarya asal. Ia boleh dipegang dan dimiliki atas satu nama ataupun lebih (sekiranya karya itu ditulis atau dicipta lebih dari seorang).
Seperti HARTA atau PROPERTY lain, ia juga boleh dijual, disewa, diserah hakmilik dan diberi percuma kepada orang lain. Sekiranya pemilik asal meninggal dunia (secara rela ataupun tidak), HAKCIPTA tersebut akan diserahkan kepada anak ataupun waris terdekat.
Tetapi seandainya pengkarya tersebut diupah atau dibayar untuk menghasilkan sesuatu karya, maka beliau tidak lagi berhak ke atas karya ciptaannya itu…

- Kategori: Belajar Melukis Kartun, Harta Intelek, Kreatif
- Komen: 26 Komen »
HakCipta @ Copyright – ‘Fair Use’
February 18th, 2009 | Oleh UbiArtikel ini adalah bahagian ke dua sambungan dari:
BAHAGIAN 2 DARIPADA 4 – ‘FAIR USE’
Untuk bercerita mengenai ‘FAIR USE’ ini, kita sekali lagi akan mengambil karya agung “Satria Chopper” dari bahagian pertama sebagai contoh.
Katakanlah anda menulis review tentang cerita “Satria Chopper” (samada diblog, majalah ataupun suratkabar) – itu boleh dikira sebagai ‘FAIR USE’.
Secara teorinya tiada siapa pun akan membaca tulisan anda (kecuali anda penulis atau penulis review yg terkenal) hanya kerana anda menulis review mengenai komik “Satria Chopper” yg terkenal itu.
Jika anda menulis berita (“Kartunis yg genius terhilang manuskrip kawan baiknya lalu menyalahkan lawyer HakCipta”) – itu juga boleh dikira sebagai ‘FAIR USE’ kerana belum tentu lagi orang akan membeli suratkhabar anda.
Jika anda menulis PARODY bertajuk “Satria Kapur” – itu juga boleh dikira sebagai ‘FAIR USE’ kerana sesiapa sahaja yg telah membaca atau membeli “Satria Kapur” mungkin akan berminat untuk membeli atau membaca “Satria Chopper”.
Apakah itu PARODY?

- Kategori: Belajar Melukis Kartun, Harta Intelek, Kreatif
- Komen: 25 Komen »
HakCipta @ Copyright – Pengenalan
February 15th, 2009 | Oleh Ubi
BAHAGIAN 1 DARIPADA 4 – APA ITU HAKCIPTA?
Ketika di tingkatan 4, Eddy member kamceng saya mencadangkan supaya kami bekerjasama membuat satu siri komik. Projek usahasama ini melibatkan saya sebagai pelukis dan beliau pula sebagai penulis.
Walaupun tahu keupayaan menulis dan mengarangnya yg tak seberapa tu, saya tertarik untuk mendengar lebih lanjut kerana agenda udang di sebalik batunya.
“Awek-awek suka dan minat dengan lelaki seni ni… contohnya yg pandai main muzik, menyanyi, berlakon, menulis dan melukis…”
“Tak caya ko tengok Awie tu… muka bukan hensem sangat tapi Miss Malaysia cam Erra Fazira tu pun nak kat dia!”, sambungnya lagi yg bercakap sambil mengangkat sebelah kening ala-ala Awie di dalam Sembilu.
“Betul!”, angguk saya sambil di dalam hati mengutuk gaya Awienya yg tak menjadi langsung tu.
“So kau rasa bagaimana? Projek ni nak proceed or not?”, Eddy semakin galak melakonkan gaya Awie tak menjadinya itu. Entah camana Bahasa Melayunya itu boleh tiba-tiba dimulakan dengan ’so’ dan berakhir dengan ‘not’.
Saya berminat jugak dengan cadangannya. Mungkin inilah peluang untuk kami yg baru akil baligh tetapi tak pernah berdating ni, memperdayakan awek-awek cun di sekolah.

- Kategori: Belajar Melukis Kartun, Harta Intelek, Kreatif
- Komen: 11 Komen »
Raikan Cinta yang Gagal…
February 14th, 2009 | Oleh Ubi
(Baca dalam nada jiwang…)
Aku tak pernah menyambut Hari Cinta
Heh… salah tu…
Sebenarnya aku tak pernah menyambut Hari Cinta lagi setelah tahu cerita disebalik sambutannya itu
Dan kini kalau diberi peluang pun aku sudah bertaubat untuk menyambutnya
Mungkin ini sebabnya aku bakal ditinggalkan bakal girlfriend, tunang atau isteri atas alasan tidak romantik!
Hari Kekasih yg pada asalnya sempena meraikan cinta gagal seorang paderi Sepanyol telah disambut serata dunia dengan happeningnya

- Kategori: Karikatur Ubi, Umum
- Komen: 13 Komen »
Email Bangang Minggu Ini III
February 11th, 2009 | Oleh UbiSegmen kegemaran ramai ini disambung kembali dengan satu lagi email kecewa yg saya baru terima petang semalam.
Mungkin pengirimnya sedang kecewa kerana selalu ditinggalkan kekasih atau teman wanita maka membuatkan dia bertindak menghantar email sebegini kepada saya.
Sengaja saya siarkannya kerana berpendapat ianya relevan dengan isu yg sedang hangat melanda negara sekarang ni. Juga mungkin berguna jika anda pun mempunyai persoalan atau pemikiran seperti pengirim email kecewa ini.

- Kategori: Kartunis pun manusia, Majalah Ujang
- Komen: 30 Komen »
Rajnikanth dalam iklan animasi terlampau
February 9th, 2009 | Oleh UbiSapa tak kenal Superstar Tamil Rajnikanth?
Rasanya terlampau mustahil dan menipu sangatler kalau anda kata tak kenal atau tak pernah nampak muka macha kat bawah ni…

Pada peminat setia filem tamil (seperti saya contohnya…) wajah separa hensem ni tak perlulah diperkenalkan lagi.
Sekiranya anda bukannya peminat filem tamil maupun pelanggan setia channel Vanavil, pastinya wajah hero perasan best ni anda pernah nampak di kedai-kedai VCD sekitar Jalan Masjid India…
Poster wajah poyo macha ini juga wajib tertampal megah sebagai idola driver dan konduktor di dalam kebanyakan bas menuju ke Brickfields dan Sentul…
Senang cerita, di mana ada komuniti India di situlah wajah bermisai tebal ini akan sewenang-wenangnya diabadikan!!

- Kategori: Kartun, Umum
- Komen: 22 Komen »
Ingin belajar melukis kartun dengan Ubi?
February 3rd, 2009 | Oleh Ubi
Anda minat melukis kartun dan komik?
Anda perasan anda ada bakat dalam senilukis kartun?
Rakan-rakan selalu membodek dan memuji kononnya anda terel melukis kartun dan komik?
Adakah anda pernah bercita-cita untuk menjadikan kerjaya kartunis yg kononnya glemer dan masyuk itu sebagai profession?
Atau mungkin anda pernah berangan untuk melihat gadis pujaan anda kagum dengan bakat lukisan kartun anda?
Jika majoriti soalan-soalan di atas dijawab dengan ya, yes, ok, orait, of course dan seumpama dengannya; saya ada berita maha best untuk anda!

- Kategori: Belajar Melukis Kartun
- Komen: 62 Komen »
Saya bermula dengan Sempoi…
February 3rd, 2009 | Oleh Ubisalam abang ubi
tahniah pasal dah ada website sendri skang ni! saya suka tengok website abang. kemas n cantik skali. saya pun sebenarnya tringin nak ada website sendiri cam abang tapi saya tak tau camana nak start
cuma saya nak tanya kat abang mahal tak harga nak buat website ni? camana nak daftar website saya sendiri? sebenarnya saya berangan nak ada website sendiri www.xxxxxxxx.com cuma saya tak tau nama website tu dah ada orang lain ambik ke belum. saya pun masih sekolah lagi.. takut tak mampu plak nak bayar rega website tu
harap abang dapat tolong saya. lagi satu saya dan kakak saya memang peminat setia kartun abang. dari dulu kitorang tak penah miss baca katun aku dia & wolkswagon tu. minat giler kat kak zurina!
sekian wasalam
zalie
Ini adalah email yg telah diterima oleh saya dalam dua atau tiga bulan yg lalu.
Mulanya malas nak jawab pasal rasanya soalan-soalan ni mungkin patut dijawab oleh mereka-mereka yg lebih mahir berkenaan hal internet ni…
Tapi memandangkan dia dah bodek puji melampau dan dia pun ada kakak yg mungkin cantik, maka tak eloklah saya hampakan permintaannya tu…
Untuk menjawab soalan-soalannya tu apa kata kalau kita mengenang kembali peristiwa silam sekitar dua tahun yg lalu…

- Kategori: Motivasi & Muhasabah Diri, Review
- Komen: 9 Komen »






