• Home
  • Tentang Ubi
  • Kroni Ubi
  • Hubungi Ubi
UBI @ MEDIA SOSIAL

Monthly archives for January, 2009

Berita Bongkak Minggu Ini

Jan27
2009
21 Komentar Oleh Ubi

Untuk entri kali ni, kita akan cemari Tahun Lembu yang baru disambut dengan sedikit berita bongkak dari saya…

Berikut adalah keratan akhbar mengenai servis kartun online saya dari The Edge Daily – suratkabar harian yg membuat laporan berita mengenai kewangan dan perniagaan atau dalam bahasa mudahnya - suratkabar untuk bisnesman, orang kaya dan perasan kaya.

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Bulletin - Tag buat duit di internet, media, the edgedaily, wena

Selamat Tahun Lembu!

Jan25
2009
4 Komentar Oleh Ubi



“sila perdengarkan sambil membaca post ini untuk feel raya cina yg maksima”

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2009 kepada semua rakyat Malaysia, khususnya kepada kaum Cina.

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Umum - Tag azam tahun baru, chinese new year, tahun baru cina 2009, tahun lembu

Hari Itu Dalam Seranah II

Jan20
2009
23 Komentar Oleh Ubi

Hari: Sabtu
Tarikh: 17 Januari 2009
Masa: 4.30pm
Lokasi: Di Coffee House di sebuah Hotel berbintang-bintang di Jalan Bukit Bintang

Petang itu kelihatan saya berjalan keluar dari sebuah kedai alat tulis di Kompleks membeli belah Bukit Bintang. Di tangan sarat dengan alatulis dan peralatan melukis yg baru dibeli.

Kaki yg dibalut bandage dan dialas selipar jepun buatan Malaysia melangkah dengan sedikit dengkot kerana luka akibat merempit tempohari masih belum lagi sembuh.

Tiba-tiba tekak terasa mengada-ngada untuk meratah masakan ala barat.

“Inilah masanya untuk membalas dendam kesumat…”, getus hati yg sebenarnya lebih banyak dipengaruhi nafsu akibat sudah sekian lama berpantang makan.

Dan yg lebih memburukkan keadaan, tekak ini juga mengidam untuk melantak masakan ala-barat yg dihidangkan di hotel yg banyak bintangnya.

“Apa susah… kat area sini kan ke banyak hotel!”, sekali lagi nafsu gelojoh saya memberi buah fikiran.

Terpedaya dengan mudah, saya dengan dengkang-dengkotnya melangkahkan kaki  yg berbandage serta beralas selipar jepun buatan Malaysia ke hotel jula-juli bintang 7 yg berdekatan.

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Kartunis pun manusia - Tag bangang, berlagak, makan kat hotel, Ntahapahapantah

“They will never know… hehehe!” – The Truth

Jan19
2009
37 Komentar Oleh Ubi

 
Korang ingat lagi ngan gambar budak pompuan tersenyum sinis depan rumah terbakar ni?

“A picture speaks a thousand words” – Memang benar kata-kata ini yg paling sesuai bagi menggambarkannya!

Banyak komen dan pendapat yg diberi oleh pembaca/pelawat berkenaan gambar tersebut. Pelbagai versi dan persepsi pembaca mengenai kemungkinan cerita atau peristiwa yg telah berlaku…

Dan kebanyakan komen yg diberi adalah begitu kreatif sekali!

Tak sangka pulak pembaca dan pelawat blog ni terdiri daripada mereka yg berbakat dalam merekayasa cerita yek… (cerah masa depan andainya memilih bidang politik sebagai kerjaya)!!

Walaubagaimanapun, boleh dikatakan 98% komen yg diberi menggambarkan bahawa budak pompuan tersebut adalah punca kebakaran tersebut…

Adakah ianya benar?

Betul ke budak pompuan ni yg membakar rumah tersebut?

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Belajar Melukis Kartun - Tag Belajar Melukis Kartun

Dari Universiti of Columbia ke Facebook…

Jan07
2009
10 Komentar Oleh Ubi

Kalau satu ketika dulu korang dinyampahkan dengan aksi riak terlampau saya yg bercerita mengenai kejayaan kartun saya yg berjaya masuk ke Universiti of Columbia. Untuk entri kali ini pulak, saya akan menyambung aksi bermegah-megah ini dengan berita mengenai kejayaan kartun di atas ni melebarkan sayapnya ke Facebook pulak…

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Bulletin, Kartun Ubi - Tag facebook, geek, Kartun

Selamat Berazam-azam di Tahun Baru 2009

Jan01
2009
49 Komentar Oleh Ubi

Hari ini kita dah menyambut tahun baru 2009…

Walaupun adakalanya kita seronok dan teruja memandang perempuan cantik dan seksi kehadapan, ada masanya kita perlu juga memandang awek atau bini sendiri ke belakang semula untuk muhasabah diri…

Bagaimana dengan tahun 2008 korang? Adakah ianya sukses seperti yg dirancang dan diharap-harapkan?

Adakah azam dan cita-cita yg diimpikan pada malam awal 2008 dulu berjaya dilaksanakan?

Apakah kita sekadar menjadi Mat Jenin yg kaya dengan angan-angan indah lagi kosong?

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Motivasi & Muhasabah Diri - Tag azam tahun baru, maal hijrah, Motivasi & Muhasabah Diri, tahun baru 2009

Download Komik Ubi


Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama Panggilan:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

Kartunis Ubi

Kartunis Ubi

Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Baca selanjutnya... »»

Follow @KartunisUbi

 

Menarik dan Tertarik

Langgan Terus Ke Email

Sila isikan alamat email jika inginkan post-post terkini diemailkan terus kepada anda!

Delivered by FeedBurner

Kategori Cerita

Tulisan Dulu-Dulu

Produk & Servis Kartun Ubi

  • Belajar Melukis Kartun
  • Cartoon Design
  • Karikatur
  • T Shirt & Produk Kartun
TM & © 2008-2012, Raja Ahmad Kamil @ Kartunis Ubi. Hakcipta Terpelihara. Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa mendapat kebenaran bertulis pemilik hakcipta.
Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun & Komik | Perkhidmatan Melukis Kartun
Back to Top

Switch to our mobile site