• Home
  • Tentang Ubi
  • Kroni Ubi
  • Hubungi Ubi
UBI @ MEDIA SOSIAL

Monthly archives for September, 2008

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin

Sep27
2008
59 Komentar Oleh Ubi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,



“sila perdengarkan sambil membaca post ini untuk feel raya yg maksima”

Setelah sebulan berpuasa, akhirnya kita umat Islam akan menyambut hari raya yg akan menjelang dalam beberapa hari saja lagi…

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog ini, keluarga, sahabat handai, rakan-rakan IM & blogger, peminat & penyokong karya kartun saya, mereka yg mengenali saya dan awek-awek cun serata Malaya seluruh umat Islam tidak kira di mana jua anda berada…

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Umum - Tag hari raya aidilfitri, ramadhan

Dirikanlah sembahyang dan tunaikanlah zakat…

Sep16
2008
8 Komentar Oleh Ubi

Assalamualaikum buat semua hadirin dan hadirat yg dihormati sekalian…

Setelah berbulan-bulan berpoya-poya dengan post yg penuh dengan cerita awek cun dan kisah cinta lawak, kartun, dan pelbagai lagi cerita-cerita dunia yg melalaikan, sempena dengan bulan yg mulia ni apa kata kita penuhi masa yg terluang ini berbincang tentang rukun islam yang keempat iaitu ZAKAT…

Semoga kita semua dapat berkongsi sedikit sebanyak ilmu mengenai perkara ini… dan bila berbincang topik sebegini, saya berharap janganlah ada yg badannya berasap dan terbakar merasa bosan, tensen dan terus cabut lari dari membaca post ini…

Hadirin dan hadirat yg budiman…

Sebelum korang semua mencabutkan diri… izinkan saya menjelaskan sesuatu…

Saya bukan nak berceramah kepada korang mengenai topik zakat ni… pengetahuan saya dalam bab ni adalah amat cetek sekali… lagipun saya bukanlah ustat atau orang yg arif dan layak untuk bercakap tentang perkara ini…

Sebenarnya saya nak bercerita mengenai projek kartun terbaru saya yg bersangkut paut dengan perkara zakat ini…

Projek melukis kartun/komik ini adalah untuk SANZAF (The South African National Zakah Fund) – sebuah badan NGO berteraskan kebajikan yg bertanggungjawab untuk mengutip dan mengagihkan zakat, fitrah, fidyah serta sedekah untuk penduduk Islam di Afrika Selatan.

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Kartun Ubi, Komik Ubi, Motivasi & Muhasabah Diri - Tag hari raya aidilfitri, kad raya kartun, Kartun, Komik, Motivasi & Muhasabah Diri, ramadhan

Ramadhan, Syawal dan Pakej Kad Raya Kartun Digital Ubi

Sep01
2008
37 Komentar Oleh Ubi

Salam dan Selamat menyambut Ramadhan Al- Mubarak buat semua pembaca dan pengunjung!

Maaf sekiranya lama tak mengapdet blog ni… mungkin ramai yg kecewa dan marah dengan kemalasan tahap cipan saya ni… heh! Untuk pengetahuan korang, setiap tahun bila menjelang puasa dan raya banyak projek kartun yg saya perlu hadap dan siapkan. Ini kerana masa ini adalah masa untuk kebanyakan syarikat dan penerbit perlu membuat promosi untuk produk puasa/raya mereka… dan khidmat kartun saya sangat diperlukan untuk lebih mengkayakan mereka membantu program promosi mereka…

Selain itu banyak gak produk puasa dan raya keluaran produksi saya sendiri untuk mengkayakan saya pulak yang perlu saya siapkan. Setelah bertungkus-lumus siang dan malam, untuk Ramadhan dan Syawal 2008 ni, saya telah melancarkan produk digital saya yang pertama…

‘PAKEJ KAD RAYA KARTUN DIGITAL UBI 2008′

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Bulletin, Kartun Ubi, Review - Tag hari raya aidilfitri, kad raya kartun, Kartun, Kartun Ubi, produk ubi, ramadhan, Review

Download Komik Ubi


Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama Panggilan:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

Kartunis Ubi

Kartunis Ubi

Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Baca selanjutnya... »»

Follow @KartunisUbi

 

Menarik dan Tertarik

Langgan Terus Ke Email

Sila isikan alamat email jika inginkan post-post terkini diemailkan terus kepada anda!

Delivered by FeedBurner

Kategori Cerita

Tulisan Dulu-Dulu

Produk & Servis Kartun Ubi

  • Belajar Melukis Kartun
  • Cartoon Design
  • Karikatur
  • T Shirt & Produk Kartun
TM & © 2008-2012, Raja Ahmad Kamil @ Kartunis Ubi. Hakcipta Terpelihara. Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa mendapat kebenaran bertulis pemilik hakcipta.
Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun & Komik | Perkhidmatan Melukis Kartun
Back to Top

Switch to our mobile site