• Home
  • Tentang Ubi
  • Kroni Ubi
  • Hubungi Ubi
UBI @ MEDIA SOSIAL

Monthly archives for June, 2008

Download Wallpaper/Screensaver Kartun Ubi

Jun16
2008
178 Komentar Oleh Ubi

wallpaper kartunis ubi

Hmm.. sedar tak sedar dah sebulan gak blog kartunisubi.com ni wujud. Pada mulanya saya sendiri rasa tak yakin yg laman blog ni akan sentiasa dapat diupdate selalu… paham-paham ajelah jadual saya yg sentiasa padat dengan aktiviti memburu wanita-wanita cantik serata Malaya dateline kartun…

Alhamdulillah, berkat sokongan korang semua saya berjaya gak memperuntukkan masa yg ada utk menulis di sini. Saya pun tak sangka sambutan yg diberikan amat menggalakkan sekali terutamanya dari awekz-awekz. Banyak gak surat cinta maklum balas positif yg saya terima. Jadi kepada semua pengunjung dan pembaca setia blog ni, ribuan terima kasih saya ucapkan!

Dan sebagai menghargai kesetiaan dan sokongan korang selama ini, saya dengan eksyennya ingin menghadiahkan lukisan kartun saya yg comel lote untuk dijadikan wallpaper atau screensaver untuk desktop/notebook korang!

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Kartun Ubi - Tag hadiah percuma Ubi, Kartun Ubi

Budak Ajaib Lima Angka?!!

Jun09
2008
13 Komentar Oleh Ubi

Seperti mana yg korang tahu, saya adalah seorang kartunis yg selalu dan gemar melukis kartun berkaitan dengan awek cun budak sekolah ataupun remaja.

Ramai yg pelik dan heran bagaimana saya yg ‘muda belia’ ni boleh memahami dan mendapat idea berkaitan kehidupan mereka.

Rahsianya senang jer… saya sentiasa akan cuba merapatkan diri dengan semua awek-awek cun di Malaysia golongan mereka. Saya akan cuba berkawan dengan mereka dan bertanyakan hal ehwal kehidupan mereka sebagai seorang remaja.

Walaupun mereka ni semua boleh dikatakan mentah lagi dan kurang pengalaman dalam hidup, tapi ada kalanya saya akan terjumpa dengan beberapa orang remaja luar biasa yg berbeza dari rakan sebaya mereka yg lain…

Antaranya adalah Adly a.k.a Labanon yg saya kenali ketika menghadiri seminar perniagaan internet anjuran JomSeminar.com di Hotel Armada Petaling Jaya pada Mei lepas…

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Review - Tag buat duit di internet, rahsia10k

Tips Asas Untuk Menjadi Kartunis Berjaya

Jun06
2008
18 Komentar Oleh Ubi

belajar melukis kartun konon!

Selain dari melukis kartun dan karikatur, saya selalu dijemput untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dengan mereka yg berminat untuk mempelajari teknik melukis kartun… atau dalam bahasa mudahnya menjadi ‘cikgu’ untuk bakal kartunis.

Saya juga sering mendapat email mengajak saya dating bertanyakan soalan meminta saya memberi tips atau panduan mengenai cara dan teknik betul melukis kartun.

Terus-terang cakap, saya tidak akan dapat dating dengan semua yg mengajak menjawab semua email yg bertanya. Dan andainya diminta untuk menerangkan semua perkara dan teknik di sini rasanya mustahil gak kerana terlalu banyak yg perlu dihuraikan dan rasanya takkan cukup sekadar dengan hanya satu post sahaja.

Walaubagaimanapun untuk tidak menghampakan mereka yg berminat, sebagai permulaan saya akan berkongsi tips mengenai perkara yg penting sekali iaitu keperluan asas yg wajib ada dalam diri sekiranya korang memilih untuk menjadi seorang kartunis/pelukis komik yg berjaya

Berdasarkan pengalaman saya, inilah 4 perkara utama yg perlu ada untuk survival korang dalam dunia perkartunan samada sebagai kerjaya ataupun sebagai hobi…

BACA SELANJUTNYA »

Kategori Belajar Melukis Kartun - Tag Belajar Melukis Kartun

Download Komik Ubi


Dapatkan komik "Aku, Dia & Test" dalam bentuk PDF, wallpaper kartun Ubi secara PERCUMA dan kupon diskaun untuk produk serta perkhidmatan Ubi dihantar terus ke email anda!

Nama Panggilan:

Email:

Maklumat anda akan dirahsiakan.
Privasi anda adalah jaminan utama kami!

Kartunis Ubi

Kartunis Ubi

Ubi atau nama sebenar mengikut I/Cnya adalah sebagai Raja Ahmad Kamil bin Raja Mokhtar, telah dilahirkan pada 26 Jun puluhan tahun yang lalu di Hospital Besar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. Baca selanjutnya... »»

Follow @KartunisUbi

 

Menarik dan Tertarik

Langgan Terus Ke Email

Sila isikan alamat email jika inginkan post-post terkini diemailkan terus kepada anda!

Delivered by FeedBurner

Kategori Cerita

Tulisan Dulu-Dulu

Produk & Servis Kartun Ubi

  • Belajar Melukis Kartun
  • Cartoon Design
  • Karikatur
  • T Shirt & Produk Kartun
TM & © 2008-2012, Raja Ahmad Kamil @ Kartunis Ubi. Hakcipta Terpelihara. Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa mendapat kebenaran bertulis pemilik hakcipta.
Kartunis Ubi | Kartun | Komik | Karikatur | Belajar Melukis Kartun & Komik | Perkhidmatan Melukis Kartun
Back to Top

Switch to our mobile site