Pelukis Karikatur yang Terlampau!
May 29th, 2008 | Oleh UbiAMARAN: Post ini mengandungi unsur-unsur melampau yg dijangka boleh mengganggu ketenteraman minda dan sanubari. Anda dinasihatkan untuk beristighfar selalu sepanjang membaca post ini. Anda juga dinasihatkan untuk minum air masak sekurang-kurangnya 8 gelas dan memberus gigi 2 kali sehari untuk kesihatan diri – Penulis
Salam semua… rasanya dah dekat seminggu saya tak menulis post baru di sini. Sibuk sedikit dengan dateline kartun dan tempahan karikatur yg melampau banyaknya…
Untuk pengetahuan semua, salah satu keistimewaan menjadi pelukis karikatur adalah selalu diberi peluang untuk memiliki melukis awek-awek cun serata Malaya…

- Kategori: Karikatur Ubi, Kartunis pun manusia
- Komen: 41 Komen »
Email Bangang Minggu Ini
May 23rd, 2008 | Oleh UbiTak tauler apa masalah ngan mamat ni… samada dia bergurau, tengah lalok ataupun dia ni salah sorang dari krew ‘Macam-macam Aznil’ tengah tangkap reaksi saya sedang baca email dia yg best tahap gaban ni…
woitt ubi!
aku punya company nak buat family day so kitorang nak print tshirt special untuk benda tu. jadi aku nak suruh ko lukiskan gambo katun untuk acara tu. aku rasa katun ko yg ada gambo lelaki ngan pompuan kat keta beetles tu sesuai sangat untuk projek ni. cuma ko tambah ada budak laki ke atau pompuan dengan diorang. kitorang takde budget nak bayar ko cuma nanti bila tshirt tu dah siap print aku akan bagi free satu kat ko. eleh lagipun bukannya susah nak lukis kan. aku rasa ko conteng-conteng kejap pun dah boleh siap pasal aku penah tengok orang kat cm tu lukis senang je. patutnya tak payah bayar pun takper. oklah aku nak ko siapkan lukisan aku tu selewat-lewatnya lusa. choww!
Wahh!!! Betullah… lukis kartun ni bukannya susah… conteng-conteng kejap pun boleh siap! Lagipun kalau saya dapat dan pakai t-shirt family day yg mungkin ada tulis nama company mamat ni, mungkin akan ada awek-awek cun yg akan terpikat dengan saya. Satu lagi, bahasa yg dipakai adalah amat sesuai untuk dicontohi bila kita nak mintak tolong dengan orang…
Fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah…

- Kategori: Kartunis pun manusia, Ntahapahapantah
- Komen: 35 Komen »
Akhirnya Ubi masuk University of Columbia…
May 21st, 2008 | Oleh Ubi
Hehehe… mungkin ada yg terperanjat dan meluat dengan tajuk post yg penuh dengan unsur-unsur kepalsuan ni kan?
Sebenarnya, tajuk post ni nak kata tipu boleh, nak kata betul pun boleh… tapi yg nyatanya pagi ini saya adalah antara orang yg paling gembira sekali…
Semuanya ni bermula dengan satu email yg saya dapat dalam sebulan yg lalu…

- Kategori: Bulletin, Kartun Ubi
- Komen: 46 Komen »
Kontroversi Aku, Dia & Volkswagen
May 18th, 2008 | Oleh Ubi
Mungkin korang pernah terbaca atau terdengar pasal karya kartun/komik “Aku, Dia & Volkswagen” karya ciptaan saya di Majalah Ujang sekitar 1997-2002 dahulu.
Tak dinafikan siri tersebut memang mendapat sambutan hebat dari peminat kartun dan komik tanahair. Setiap hari akan ada saja surat dan email peminat bertanyakan pasal siri tersebut.
Tapi itu dulu
Sekarang ni masih jugak lagi dapat email bertanyakan pasal siri tersebut. Cuma soalan dia lain sikit dari dulu
Ni salah satunya yg saya dapat minggu lepas dari brader Pennyu…

- Kategori: Kartun Ubi, Komik Ubi, Majalah Ujang
- Komen: 109 Komen »
Kartun Ubi yang Pertama di Majalah Ujang
May 17th, 2008 | Oleh UbiHmmm… rasanya dah dekat seminggu saya ponteng dari menulis post baru untuk blog ni…
Heh biasalah… MELAYU MUDAH LUPA…
Semuanya ni gara-gara balik kampung punya penangan!
Lepak, tido, makan, tengok awek-awek yg baru membesar, berpoya-poya dengan rakan sebaya, dan pelbagai lagi aktiviti membuang masa yg mengkhayalkan adalah rutin sepanjang saya berada di sana…
Rasanya hanya satu je benda tak membuang masa yg saya buat di sana…
Mengemas bilik
Dan ini pun dilakukan semata-mata kerana emak sudah membebel…
Namun dalam perlaksanaan “tugasan membodek emak” ini, saya terjumpa beberapa khazanah@pusaka lama yg saya rasakan menarik untuk dikongsikan bersama…
Salah satunya adalah lukisan kartun pertama saya yg tersiar di Majalah Ujang…

- Kategori: Kartun Ubi, Komik Ubi, Majalah Ujang
- Komen: 43 Komen »
Download Komik Ubi Percuma!
May 10th, 2008 | Oleh UbiSemua orang dalam dunia tak kira apa bangsa sekalipun (termasuk saya) suka dan amat gembira kalau dapat benda ni…
BARANG PERCUMA!
Dan kerana itu saya dengan bangganya ingin menggembirakan korang semua dengan memberi komik Aku, Dia & Test karya saya secara percuma kepada semua pengunjung blog kartunisubi.com!


- Kategori: Bulletin
- Komen: 766 Komen »
Saya seorang penulis yang malas…
May 8th, 2008 | Oleh Ubi
Saya pun tak tau camana akhirnya saya berjaya jugak membuat post yang pertama ni setelah sekian lama domain kartunisubi.com ni didaftarkan…
Ye, memang saya mengaku saya adalah seorang penulis yang malas. Bukan malas tapi tersangat malas. Rasanya tabiat buruk ni dah ada sejak zaman sekolah lagi. Boleh dikatakan banyak kerja sekolah yg kantoi disebabkan pe’el buruk ni… (Adik-adik sekalian sila jangan contohi perangai buruk ini…)
Dan habitat ni berterusan sampailer saya menjadi kartunis sepenuh masa di Majalah Ujang pada 1994. Mulanya tak perasan jugak pasal bila start kerja kat situ saya cuma buat ‘Lawak Antarabangsa’ (kartun lawak semuka).
Dan bila saya ditugaskan untuk buat komik ‘Budak Hostel’ yg memerlukan saya mengarang dan menulis dialog yg banyak, barulah masalah ni timbul. Arghhh!!!!
#@!*&^^%$+*

- Kategori: Kartunis pun manusia
- Komen: 30 Komen »






