Bonus?! Bonus Hari Raya ke?…

August 18th, 2010 | Oleh Ubi

Khas buat anda yang telah membeli ataupun bakal membeli Pakej Kad Raya Kartun Ubi

Atas permintaan mereka-mereka yang sedang lapar kerana berpuasa, berikut adalah beberapa BONUS tambahan khas buat semua pembeli, tidak kira samada yang sudah kenyang maupun yang sedang makan…

Berikut adalah BONUS-BONUS tambahan yang kononnya best tu:

1) Baucer Diskaun 20% untuk perkhidmatan karikatur berwarna di UbiKarikatur.com

  • Baucer diskaun sebanyak 20% untuk tempahan karikatur berwarna berharga RM97 seorang hasil sentuhan Kartunis Ubi.
  • Baucer ini sah selama setahun untuk tempahan maksimum 2 orang (tempahan menggunakan Kupon ini akan mula dibuka pada 1 Oktober 2010)
  • NILAI = RM39

Baca cerita selanjutnya… »

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1431H

August 12th, 2010 | Oleh Ubi

Assalamualaikum buat semua pembaca dan pelawat setia,

Apa khabar? Sudahkah anda bersarapan? Harapnya takler ye… heh! Semoga kita bukan tergolong seperti mereka-mereka di dalam gambar kartun di atas…

Sempena bulan yg mulia ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1431H dan Menjalani Ibadah Puasa kepada anda di samping keluarga yang tercinta…

Mungkin ucapan saya ini hanyalah sekadar ucapan selamat sahaja dan tidak membawa makna pada sesetengah orang. Namun pada sesetengah orang pula walaupun ianya sekadar ucapan ringkas, ianya membawa erti yang besar pada mereka…

Ucapan itu tidak penting, tetapi ingatan dan silaturahim itulah yang paling bermakna…

Bagaimana dengan anda? Sudahkah anda menghubungi dan memberi ucapan selamat pada sahabat handai dan keluarga tersayang? Ya, saya yakin anda pastinya bukannya mereka yang mudah melupakan semua orang disekeliling.

Baca cerita selanjutnya… »

Lukis kartun Merdeka dan masyukkk!!

August 10th, 2010 | Oleh Ubi

Buat semua kartunis/pelukis amatur dan yang sedang meningkat naik,

Inilah masanya untuk anda menunjuk terel dan memenangi hadiah wang tunai yang sungguh masyuk.  Mungkin inilah juga peluang untuk anda membuktikan sesuatu kepada saudara mara, orang kampung dan awek-awek yang selama ini memandang rendah terhadap anda!

Untuk maklumat lanjut tentang Bakat Seni Kartun Merdeka ini, sila klik imej-imej di bawah untuk diperbesarkan.

Baca cerita selanjutnya… »

Kad Raya Kartun Digital Edisi 2010 Kembali Lagi!

August 3rd, 2010 | Oleh Ubi

Salam buat semua pelawat dan pembaca setia,

Seperti tahun-tahun sebelumnya, sempena dengan kedatangan Ramadhan dan Syawal yang mulia ini, saya akan melancarkan sekali lagi Pakej Kad Raya Kartun Digital untuk memudahkan anda memberi ucapan selamat berpuasa dan raya Aidilfitri kepada keluarga, sahabat handai dan awekz-balak yg tersayang.

Untuk makluman, akan ada beberapa kejutan dan tambahan design pada pakej Kad Raya Kartun Digital Edisi 2010 ini. Jualan hanya akan dibuka pada hari Jumaat ini,  6 Ogos 2010, bermula dari jam 9 pagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran ini, sila ke http://KadRaya.KartunisUbi.com dan anda boleh muat turun beberapa contoh design kad raya kartun daripada pakej ini secara PERCUMA dengan hanya mendaftar nama dan email anda pada borang yang tertera di laman web tersebut.

Akhir kata Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan eratkanlah Silaturahim anda dengan yang tersayang di bulan yang mulia ini…

Sahabat Kartunis Anda,

Warkah Tengah Minggu

May 26th, 2010 | Oleh Ubi

Buat awek-awek cun di Lembah Klang yang bercita-cita nak ajak saya berdeting pada Rabu hingga Ahad ni, dukacita dimaklumkan bahawasanya saya akan berada di Pantai Timur sepanjang tempoh tersebut.

Berada di pendalaman dan terputus dari lingkaran komunikasi. Tiada telefon dan tiada internet. Kita akan terpisah dan berjauhan dalam beberapa hari.

Buat abang-abang di Lembah Kelang yang tiada aktiviti liar sepanjang minggu ini, jagalah semua awek-awek tu sepanjang ketiadaan saya. Ajaklah deting jika mahu. Jangan malu-malu. Kalau dah suka kawin aje. Jangan tunggu-tunggu. Saya mendoakan kejayaan dan kebahagian abang sekalian.

Jumpa lagi minggu depan! :cool:

Jom Bersuka-suki Bersama Saya di Pesta Buku 2010!

March 25th, 2010 | Oleh Ubi

AMARAN: JANGAN PERGI PESTA BUKU SEBELUM HAFAL PETA NI!

Sepertimana kebiasaannya, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) datang lagi pada tahun ini. Buat yang tak pernah ambil tahu atau baru je berjinak-jinak untuk memulakan langkah suci pertama sebagai ulat buku bertauliah, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 akan bermula pada 19 hingga 28 Mac 2010, bertempat di PWTC dan menawarkan pelbagai buku dengan tawaran menarik daripada penerbit-penerbit serata Malaya.

Untuk PBAKL tahun ini, saya akan berteduh di Kedai Pink AinMaisarah (Dewan 3, Tingkat 1 PWTC. Gerai no C20 – depan gerai SASBADI) bersama dengan novelis tersohor tanahair, Ain Maisarah. Bagi peminat novel remaja tempatan, pastinya nama Ain Maisarah bukanlah sesuatu yang asing buat anda. Pasti banyak karya meletupnya telah pun anda miliki ataupun baca pinjam daripada rakan-rakan seperjuangan.

Oh, pastinya anda terpinga-pinga kerana bingung tentang apakejadahnya saya berada di PBAKL tahun ini di kedai tersebut? Dan tidakkah warna pink itu terlampau feminin untuk jejaka perasan macho seperti saya?

Baca cerita selanjutnya… »

Ubi Missing In Action?

March 17th, 2010 | Oleh Ubi


(Sekadar gambar hiasan. Tiada kaitan dengan cerita sebenar maupun cerita tipu.)

Salam buat semua pembaca dan pelawat sekalian,

Jika anda salah seorang daripada mereka yang cuba mencari dan menghubungi saya untuk tujuan kerja, berpoya-poya ataupun untuk mengajak berdating; ini adalah masa yang tidak berapa bagus untuk tujuan tersebut. Untuk makluman, saya kini berada di di Hong Kong sejak hari Jumaat yang lalu dan akan tinggal di sana dalam tempoh 2 minggu kerana ada urusan kerja yang perlu diselesaikan.

Maaf sekiranya saya lambat memberi respon pada email kerana kesukaran untuk online ketika berada di sana. Insyaallah saya akan cuba sedaya upaya untuk membalas email anda secepat mungkin sekiranya keadaan mengizinkan. ;)

Akhir kata, semoga anda semua akan tetap setia menanti kepulangan saya nanti. Jika makan belacan dan tempoyak janganlah lupakan saya yang susah nak makan apa-apa pun di sini.

p.s – Buat masa ini masih belum lagi terjumpa Jackie Chan atau Stephen Chow makan kuetiow goreng di mana-mana gerai berdekatan…

Kontrol Macho kat Berita Harian pulak!

February 6th, 2010 | Oleh Ubi

Salam 1 pagi ya kawan-kawan semua! (bestlah korang yang tengah membuta sekarang ni!)

Maaf kerana sudah lama tak mengupdate blog. Rasa-rasanya dah beratus kali saya memohon ampun atas alasan ini. Andai kata kesalahan sebegini memungkinkan saya dipenjara, pasti warden penjara tersebut bakal menjadi member kamceng saya kerana kekerapan saya selalu keluar masuk ke institusi tersebut! (harap-harapnya warden tersebut ada adik yang masih single dan seiras dengan Lisa Surihani…)

Sebenarnya saya dalam keadaan yang sangat tidak terurus sekali sekarang ini kerana banyak tugasan yang perlu dilaksanakan. Kadang-kadang sehingga terpaksa mengorbankan masa tidur dan deting yang berharga itu.

Pernah terjadi satu adegan panas di mana saya terlupa menjemur baju dan meninggalkan mereka keseorangan di dalam mesin basuh selepas 2 hari dibasuh. Di saat tersedar, terus terfikir alangkah indahnya hidup ini sekiranya ada ‘pembantu’ yang boleh meringankan beban saya melaksanakan kerja-kerja remeh tersebut.

Mungkin dengan kehadiran ‘pembantu’ tersebut yang pastinya seiras Lisa Surihani membolehkan saya untuk berkarya dan bekerja dengan lebih gigih lagi . Yang nyata, saya pasti akan tidur lebih awal setiap malam dan akan bangun tersenyum riang setiap pagi! Oh… ;)

Sebelum terlajak kata dan tersesat lebih jauh lagi, baiklah kita kembali semula ke pangkal jalan. Berbalik pada cerita asal, berikut adalah transkrip daripada sesi temuramah saya untuk Berita Harian yang diterbitkan pada awal Februari lalu.

Sengaja saya tempekkan temuramah ni untuk tatapan anda semua. Selain untuk memberi peluang kepada mereka yang terlepas membacanya, ia juga bertindak sebagai kesinambungan aksi riak saya lepas masuk MHI hari tu. :twisted:

Akhir kata, ucapan terima kasih buat Cik Diyanah Anuar kerana sudi menemuramah saya dan menulis artikel ini. Jika ada jodoh, janganlah segan silu untuk menemuramah saya lagi di masa akan datang. Semoga dengan lebih banyak temuramah  yang tersiar, maka semakin banyak lagi peluang saya untuk lebih riak lagi di masa depan!

Selamat membaca dan mengeja! Tata!! (sambil tangan melambai ayu…) :D

Baca cerita selanjutnya… »

Kontrol Macho dalam Malaysia Hari Ini

January 14th, 2010 | Oleh Ubi

Ini sebuah video basi sessi temuramah saya bersama Ahmad Fedtri Yahya untuk rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) terbitan TV3 pada Mei 2009 yang lalu.

Baca cerita selanjutnya… »

Aktiviti Kartunis Terlampau 2009 – Bahagian 2

January 12th, 2010 | Oleh Ubi

Nota: Ini adalah bahagian terakhir sambungan daripada:

JULAI 2009

Bulan ini menyaksikan saya asyik mengadap lapangan terbang kerana sibuk menerbangkan diri ke serata Malaya demi menjayakan worksyop untuk program Mobile Content Challenge 2009 anjuran Maxis dan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia).

Sebagai partner, saya diberi peranan sebagai salah seorang speaker di setiap worksyop program ini. Workyop yang diadakan di 6 buah negeri ini bertujuan untuk memberi  penerangan dan pendedahan kepada para peserta tentang objektif serta halatuju program ini.

Di setiap worksyop yang diadakan, saya telah berkongsi segala pengalaman saya sebagai pencipta kandungan/content provider untuk telefon mudah alih di Malaysia. Mungkin dengan perkongsian tersebut mampu memberi inspirasi dan semangat kepada pelajar-pelajar universiti untuk menceburi bidang ini sebagai usahawan tekno (teknopreneur).

Baca cerita selanjutnya… »

Next Page »